suka tengok tasik sebab permukaan yang tenang…
tp cam lagu lingkin park..
“..i strong on the surface…not all the way thru…ive never been perfect..neither have you……”
adios!

assalamualaikum~
Baru tersedar yang friendster dah tambah template baru ..hmm design cam pernah nampak dalam wordpress…anyway aku suka design blog friendster aku yang lama…so kali nie persamaan hanya pada tulisan dan background hitam….Aku suka arial dan background hitam sebab dah buhsan tulis atas kertas yg warna putih sejak dari sekolah lagi…huhuhu….hmmm kena start blogging balik nieh!HUH!
chow!
assalamualaikum~
Event: Malaysia Career and Training Fair (MCTF)
Venue: Mid Valley Exhibition Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur
Date: 4-6 April 2008 (Friday to Sunday)
Time: 11am to 7pm
Aku & Dini ke sana semalam. Ramai manusia dari bayi sampaila bertongkat melepakkan diri, bersantai di sana. Aku tak pun KETAHUAN akan job fair hinggalah dini mesej malam sebelum tu mengajak aku pergi sama. Aku tak prepare apapun cuma softcopy resume dalam thumbdrive dan sepersalinan resume baki dari job fair di KLCC bulan lepas…=)
Aku keluar dulu, rimas dan lemas dengan lautan manusia yang ghairah dan bersemangat mengintai peluang pekerjaan di situ. Bukan aku tak ingin tapi mungkin aku baru saja membuat operasi yang sama bulan lepas, so no feel at that time. Lagi memikir akan satu interview yang sedang menanti. Yang best aku sempat melawat booth Entreprenuership Expo di mana banyak sekali makanan seperti kerepek, bahulu, kek lapis dan yang sewaktu dengannya dijual…dan aku tak melepaskan peluang merasa sample2 makanan kat situ…heeee…tapi rasa je lah, tak beli pun. huhu….
Selepas mengisi perut kami pun beredar dan bercadang nak naik komuter saja. Dalam perjalanan pulang sempat juga kami tangkap gambar syok sendiri..huhu
dini and her new pet…so big laaaa…=P
huh..muka nieh lagi..udah2 la tuu…let’s move…
HUJAN lebat di luar~Mak aii sungguh panjang barisan di kaunter tiket komuter.. Sekali lagi aku lemas. Terus aku meluru ke vending machine beli tiket . Dengan bekalan syiling yang mencukupi, tiket berjaya dikeluarkan dari perut mesin tuu..fuh lega dan dengna sedikit eksen, kami pun blah dari situ mencelahi orang ramai yang masih lagi beratur panjang bersesak menunggu giliran embeli tiket huhuh…
KL-Sentral —-> Masjid Jamek ——>???? (not home yet) =)
sementara menunggu, masjid jamek sememangnya menggamit perhatian…..=)
—–> kami amik STAR ke PWTC….. BOOk Fair is coming to the town…!!
suke tengok buku dr baca buku ..hehe
kartunis…….
overall aku rasa nak gi lagi sebab tak hbis round. lagipun sampai minggu depan so ade masa lagi =).aku sempat sambar satu buku nie tentang merancang kehidupan dengan merancang kewangan..heeee..seswai untuk mereka yg berumur 40 tahun ke bawah, bukan aku yang reka buku ni tulis macam tu..kenapa agaknyer ek?find it out yourself..the author is HAMDY..=)….so sesiapa yang tak menjejakkan lagi kaki di book fair tu sila-silakan diri.. tak rugi pun..masuk free of charge, walaupon mungkin ade yg tak beli buku at least boleh updatekan diri tentang trend buku2 terkini =)..yang pasti smart home learning untuk kanak2 sementah bayi lagi pun ader..the power of knowledge does’nt count how old are you..=)
ok,chow!
aku yang melaporkan huahua…cikin a.k.a sykn’s
~today~
mo0d: p**s off
cause: i donno..who cares anyway..
solution: ~ just realize
assalamualaikum…
jam menghampiri 5.30 pagi..huhu wktu nie housemate aku sumer masih meleleh lagi tido haha..dan aku? aku terjaga kul 4 pg..wat apa yg patut…then nak tido balik cam takleh…so aku pon merepek jap dlm blog terchenta ini..
walaupun hari ini cuti Hari Wilayah, aku akan ke opis seperti biasa tp agak lewat sikit. Ada kerja perlu dibereskan.Rajin kan aku ? =P
Pagi tadi, (khamis) aku ke putrajaya ada hal sket..jumpa Yanie, dan mengulat kejap..lepak2 di tasik putrajaya sambil makan cucur udang..dan kebetulan ada training kayak di situ..huhu aku teringat kembali kenangan wktu join kelab kayak di taman budi dan ilmu..mmg all out habis, yelah wktu hujan pun aku turun…wktu jerebu pon aku turun main..tp tidak lagi sekrang….dah 2 tahun aku tak pegang pedal…mesti nanti kalu naik cam ular kena palu..
Masuk opis at lunch hour..aku tido jap..penat la , perjalanan dari putrajaya ke opis dengan menaiki public transport..dan bila bangun kepala pusing lagi ada pening…huhu dia dah buat dah…dan aku mmg tahu dlm situasi begini, i even can’t open my eyes..it’s pain inside…donno y…sebelah kiri..migrain?mungkin…dan aku hanya perlukan tidur…antara simptom yg aku alami ialah, aku akan menguap kerap (oksigen tak cukup), rasa loya (tp tak muntah pun), dan yg paling ketara ialah badan masuk angin yg menyebabkan aku kerap sendawa..tp sopan la..hehe..kalau ada 3 perkara ini, aku dlm keadaan pening yang hebat. Berdiri lama boleh pitam..but i need to be strong..gagah jugakla aku balik ke rumah dengan selamatnya dan ZzzzZzzzz….tht’s my cure…..tido!mungkin sebab tu kot aku terjaga awl sebab dah banyak tido tadi…=)
******
pain that cure..aku tetiba suke statement nie..dalam bahasa melayu lebih kurang maknanya;luka yang mengubati..tersurat ianya seperti tiada logika..tetapi bila disiratkan, memang terjadi luka yang mengubati itu…
semua org pernah terluka pernah rasa sakit sebab itu berlambakan ubat-ubatan , penawar dipasaran..biasanya itu luka yg bersifat nampak..boleh disentuh dan dilihat dengan jelas..tp bagaimana pula yang bersifat tampak?kelihatan luka itu tp tidak dapat disentuh atau dibalut oleh doktor.
bagi aku jawapan itu ialah bila hatinya terluka. dapat kita lihat dari riak wajah, tingkah laku refleksi dari hati yang terluka..punca dan penyebab terlalu banyak, sebab bila ianya berkaitan dengan hati dan perasaan…ianya subjektif.
luka hati yg disembuhkan melalui rasional dan kematangan fikiran dalam bertindak sememangnya penawar…kita tidak dapat tidak kembali kepada fitrah bahawa kita adalah hambaNYA yang sangat lemah..maka seketul daging itu pasti sembuh dan segar kembali dengan ingatan tulus padaNYA…dan itulah penawar yg aku mksudkan..hati yang terluka itu akhirnya membawa kita kepada yang lebih baik, lebih matang dan lebih berlapang dada untuk menempuh hari esok. =)
Kegagalan bagi aku merupakan guru yang paling baik bagi mereka yang mahu belajar tapi akan menjadi titik tolak episod kehidupan yang negatif pada mereka yang sentiasa mengulanginya…maksudnya tak mahu belajar. semua org melalui proses yg sama. pernah tersadung dan tersungkur, namun gagah juga berjalan biarpun bertatih mahupun bertongkat kerana yg utama ialah semangat dan usaha….
Peluang sentiasa ada di mana2 hanya mahu diri sebagai kayu penolak untuk merebut peluang itu. Sebab siapa lagi yang mahu menggerakkan diri melainkan kaki kita, dan siapa lagi yang mahu mengenyangkan diri melainkan tangan kita untuk menyuap makanan dalam mulut..it’s in your hand, just grab it!…
ok, banyak aku melalut..entah angin mana datang tetiba aku cam penulis ruangan motivasi pulok!peh (haiiya ferasan la ini amoi!)…mungkin aku sendiri yg memerlukan ruang untuk memotivasikan diri sendiri sebab aku manusia biasa punya kelemahan dan kekurangan seperti manusia lain….=) chow!
sykn’s: jalanlah bersama dengan aku, bukan di depanku untuk aku ikuti, bukan di belakangku untuk diekori tapi seiringan agar dapat kita bersama2 bantu membantu, saling memahami, menerima dan memberi dalam menjalani jalan hidup yg berliku ini~
today = 28 jan 2008
mood= ~
causes = no idea
solution = no idea
sykn’s: tak tahu la…i’m totally not in mood rite now…kifarah apakah ini..
assalamualaikum..
pagi tadi en fadzli ade call mintak tolong aku amikkan buku MCPD untuk dibawa ke bilik training…amik kunci di HR dept..so aku pun jalan laa dengan cepat…tugasan yang tiba2 tak diundang nie kena settle cepat2 nanti yg kerja utama tak leh nak fokus…so aku pon jalan la dengan cepat ke sana……dalam perjalanan aku selisih dengan hR clerk budak ira tu..masing2 senyum dan berlalu…
huh..naik tangga..tercungap kejap..ok, en fadzli mana kunci sy nak amik buku tu….dengan tiba2 en munir bgtau dia dah serahkan kunci kat ira tadi..dia dah bgtau yg aku spatutnya amik kunci tadi tp dia dah serahkan pada ira….
aku cam frust sebab penat naik turun tangga tiba2 kunci dah pas kat orang yg baru je selisih ngan aku tadi …
hangin sungguh aku..si ira tu dah selisih ngan aku bukan nak bagitau yg dia dah amik kunci..argh aper punya sengal laa isk isk…aku pun terus balik opis….
jumpa ira tengah susun buku tu…dan aku terus tanya…tadi kita jumpa kat jalan tadi ngaper tak bgtau awk dah amk kunci tu…apa laa..boleh pulak awk sengih kat saya…isk isk apo laaa….
tadi sy nampak akak jalan laju je..sy tak sempat nak bgtau..
hush..apa punya jawapan nie?takkan takleh panggey aku..ya salam.. aku pon balas , takkan takde nama nak panggel…ape la awk nie.. dan dia tersengih-sengih..
hmm patutla budak2 opis nie panggil dia ira blurr…mmg blurr sungguh…huhu =P
chow
assalamualaikum…..
Pagi tadi selepas aku balik dari joging, yanie sms aku ajak gi zoo ngan sepupu2 and anak2 buah dia..horey! dah lama aku tak gi zoo..emm yang sebenarnya aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke zoo negara walaupun belajar dan duduk menyewa di area sini yang sememangnya dekat dengan zoo negara. Kali terakhir aku melawat kengkawan aku tu di zoo taiping hujung tahun lepas. Kira baru jugak kan tapi itu penziarahan aku waktu malam.
Zoo negara jalan hulu kelang, boleh naik bas rapidKL U20…kalau naik teksi mungkin dalam 4-5 ringgit dari Wangsa Maju. Tapi hari nie, aku join yanie naik kancil yang comey itu.
Masuk je zoo haiwan pertama dijamu mata ialah zirafah dan gajah. Pastinya banyak lagi haiwan2 lain yang biasa kita lihat dalam zoo..antara yang disenarai atas ialah singa,harimau, burung merak, rusa dan manyak lagi, gi ler tengok sendiri..=P
Lewat pukul 1, hujan menyimbahi bumi..sempat jugak kami berteduh di pondok informasi orang utan, cimpanzi dan keluarga mereka. dalam hujan yang makin lebat itu,cimpanzi dan kawan2 terkinja sana sini dengan telatah dan gelagat yang mencuit hati…hehe kelakar tul..
Pukul 3 kami tak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukan anjing laut yang namanya Barts kot..mmg cerdik dan banyak akal…hampir menjengah pukul 4 kami pun pulang la dengan harapan agar ini bukan kunjungan terakhir kami ke taman haiwan ini…;)
Your Heart Is Red
You’re a passionate lover - you always have a huge fire in your heart. Too bad it’s hard for you to be passionate about just one person!
Your flirting style: Outgoing and sexy
Your lucky first date: Drinks and dancing
Your dream lover: Is both stable and intense
What you bring to relationships: Honesty
sykn’s: am i??
Hari nie bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2008.
Ada
yang masuk sekolah Montessori, tadika, taska, taski..dah terer sket naik lagi pangkat masuk sekolah rendah darjah satu..lepas tu tingkatan satu..dan tak kurang juga yang masuk tingakatan 6 atas..
Saat aku menunggu giliran untuk dilayan di Maybank, pandangan aku tertarik pada seorang budak sekolah lelaki yg pada andaian aku murid darjah satu. Berkasut sparx, kemeja putih berseluarr biru aktif ke
sana ke mari sementara menunggu giliran ibunya dilayan selepas aku.
Waktu aku sekolah darjah satu, aku berpinafore.Padahal aku bekas graduate tadika islam tg rambutan kat masjid tu hehe…hmm..aku kalu pakai pinafore mesti pakai seluar pendek ops!!..entahla kenapa.. tp yg leceh pinafore nie ada tali pinggang yg mmg tak leh laras dah fix sukatannya sebab aku suka bagi hilang… Aku ingat lagi, abah daftarkan aku di kelas Orkid. Aku ada Tanya takleh pilih bunga lain ke bah..tp abah kata ikut kekosongan… Dulu nama kelas bertemakan bunga, Okidla, Rosla, Melurla..pastu zaman adik aku, ditambah lagi warna-warni bunga lain Kekwa, Kenanga seiring bertambahnya kelas untuk menampung muid2 yang makin ramai di daerah termasyhur itu..=P
Aku tak ingat la aku nangis ke tak tapi first day tu ada sorang budak lelaki nieh duduk depan aku dia tetiba je amik pembaris panjang aku pastu ketuk2 meja dia perlahan2. Aku pun tak tahu apa motif aku keluarkan pembaris panjang kayu tu sebab seingat aku ,aku Cuma keluarkan pencil box yang besar dan cantik tu, saja nak tunjuk kat bebudak sebelah betapa banyaknye pensel warna-warni aku lengkap dengan pemadam and pembaris pendek, sharpener ..huh bergenang jugak air mata bila harta aku diambil org dengan tetiba..pastu budak tu kata hek eleh, nak nangis dah?? Dia pun bagi balik pembaris panjang tu kat aku pastu ntah kemana dia merayau aku pun tak amik tahu..hah.. nama dia faizul yazid..sempat jugak aku sekelas ngan mamat nieh sampai la darjah 6.. kamceng la jugak. Dia nie mmg segeng ngan sorang lagi budak nakal Fahmi..asyik kondem aku punya beskal, tayar lembik lah, handle cabuk lah, bakul senget lah..pastu rantai kering tak berminyak, longgar bla bla..buhsan aku… entah aper criter la diorang sekarang..
Guru kelas aku boleh tahan garang, sket2 nak ketuk meja dengan pembaris gedabak tu..lupa lak nama dia ish cikgu bukan sengaja nak lupa tapi mmg tak ingat…puan halijah kot nama dia..
Biasala bebudak sekolah rendah dulu , setiap ceruk sekolah adalah tempat bermain expecially ruang kaki
lima , pantang nampak tiang kosng mesti nak main aci pulut..dan tepi kelas aku, bebudak pompuan suka main lumba lari sambil angkat kain kalu yg pakai baju kurung tu haha…cuba buat skarang mesti org ingat apa la minah nie nak tayang betis ke =P…memang tahu lantai tu simen dan licin sebab tula kitorang lari kaki ayam so cengkaman tu lebih kuat yang membantu kepada kadar pecutan , bla bla bla..tp wktu tu g eng pompuan je main..aku ingat kawan baek aku nadia, dia memg akan jadi geng aku kalu main lumba lari, walaupon badan dia cam chubby tp kuat lari tuu..so selalu gak kami menang huahua…
Wktu sekolah rendah abah bagi 3 kupang je…kalu dapat 5 kupang tu kira banyak laaa…leh beli sepinggan
nasik lemak large pastu air sirap segelas…dapat seringgit dua pon kalu ada kelas tambahan wktu upsr tuu
Aku dan geng suka makan ramai2 di kantin.Aku ingat lagi sorang minah nie dia makan
nasik lemak, tak suka sambal pastu buang senyap2 bawah meja pastu wat muka buduh tak bersalah….malangnye satu hari tu aku dok depan dia. Alih2 aku tgk kain aku mcm comot bekas sambal..hampeh tul minah depan nie buang sambal main hentam je, sampai terkena kain aku…huh hangin gak wktu tu…aku mcm nak marah la
kan , tapi kawan aku sebelah minah nie tgk je aku lama2 pastu gelak terkekek2 sambil tutp mulut..huah lagi bengang la
kan ..belum sempat aku bersuara loceng skolah bunyi..isk isk…nayala balik nanti mesti kena sembur ngan mak..tp nasib baik wktu tu darjah 6 dah besar sket kira dah bijak laa ka so aku basuh sendiri..haha…minah tu nama dia ziha, jiran setaman dengan aku skerang jadi lecturer subjek kimia, dan kawan tepi dia tu nama dia fairoza staff maybank di bangsar..se uia dengan aku..hmm..dah besar pon korang!
Dan yg aku tak leh ingat wkt perhimpunan koko aku jadik pengerusi persatuan puteri islam (takde
gaya langsung huh). Adeke patut ustazah suh aku ajar ahli2 PI yang lain nyanyi lagu tema puteri islam depan perhimpunan tu sengsorang ..mcm tak seswai..kawan sekelas aku kat depan dah gelak ngejek..aku ingatl lagi member tu aiza, dia gelak baik punya kat aku…isk isk dengan suara ketar dan sumbang aku pon nyanyilah sebaris, pastu diorang ikut sebaris sampaila habis…hmm nasib baik tak hujan..dah le takde mic..leh agakla betapa merdunya suara aku wkt tu..aku pon tak sanggup nak dengar..argh!malu malu
Apa lagi ek haa..wkt darjah 5, cikgu kelas puan norzana. Wktu hari sukan sekolah, aku sibuk join pasukan pancaragam skolah main pianika..ala yg macam piano tu tp kita tiup nak kuarkan bunyi dia..kalu tak tau google la sendiri…ada la 2,3 subjek puan norzana aku skip sebab nak kejar latihan pancaragam..2,3 classmate yg lain pun senasib ngan aku..satu hari, puan norzana tu naik hangin sebab asyik muka kami je yang takder…pastu dia membebel “hah!pegila main musik puas2. org sibuk nak prepare untuk upsr diorang pulak sibuk ketuk
sana ketuk sini..buat apa masuk kelas, pegilah main sampai habis ..bla bla..” aku terkejut gak tapi buat kering je…nak wat camana , irama dan lagu tak leh dipisahkan hehe..
Dulu ada perpustakaan bergerak .setiap rabu lepas rehat mesti bertandang bas perpustakaan tu bawah pokok..dan ni jugak peluang aku nak skip kelas…ah ah ah..aku suke tul pinjam buku citer dongeng..hikayat
sana hikayat sini..pantang buku ada puteri-putera pasti aku pinjam…aku ingat lagi aku ngan jhon antara yg lama dalam bas tu walaupon dah sign kad pinjam buku tetap nak jugak belek2 buku lain..hehe…biasala..wktu tu darjah 3 okid dan kelas puan masitah selalu jadi mangsa..ah ah ah..takpe sekali seminggu jee…..
Cikgu Ghazali antara cikgu yg aku suke bukan sebab dia ajar bahasa melayu tapi sebab time kelas dia dia suka bukak cerita nntah apa2…cerita hantu la..tu la nie la..aku suka la sebab tak libatkan topik2 buhsan tatabahasa la tu la nie laa..sebab tu la bahasa aku skrg nie mmg tak leh pakai dlm peperiksaan karangan..hancuss!
Waktu jamuan perpisahan kelas darjah 3, aku ngan sariah wat persembahan tarian rap hahaha..aku tak leh ingat la camana kitorang terkinja-kinja dalam kelas lagu vanilla ice tu dengan ntah lupa laa..aku , sariah (jiran belakan umah jer) saiful azhar dengan zairul azri..ok la tu
kan sepasang sepasang hehehe tp wktu tu tak timbul isu couple eh, pakai topi percuma bapak aku bagi sport shoe seluar track ngan t-shirt turtle neck warna ungu (ni aku punya costum, tak pulak aku studi penampilan hip hop wktu tu yg aku tahu topi je trademark rap nieh..huhu) ..aku perasan gak ramai bebudak kelas lain tgk sebab mcm riuh je kat luar kelas, siap tgk kat tingkap lagik..haha..ye la dah pasang lagu dum dam skit punya kuat..mestilah nak tahu apa yg berlaku….so dapat la tepukan tp takla gemuruh..pastu adela pot pet2 belakang ngutuk je kejenya..hmm nantakla yg penting kami dah wat show..free lagik tuh. Huh..!!Darjah lima pulak ,5 org pelajar perempuan dari kelas 5 melur diketuai ima wat tarian ulik mayang termasuk la aku…kalu tak silap aku pakai kain batik pastu baju kurung putih yg uniform sekolah haha..mmg macam org kampong..tp not bad gak la..kami berlatih bersungguh2 tau dalam library lagik tuh port berlatih kami….hehe..
dan yg tak best nyer wktu darjah 6 sempena hari kanak2..bebudak kelas darjah 6 wat persembahan gabungan koir lagu 60 an…mula mula lagu pabila larut malam, pastu sealed with a kiss and satu lagi lagu patriotic lupa dah….kain sume pakai sama, warna merah polka dot putih,..baju kemeja putih. (tucked in) , pakai key and yg paling best pakai spek mata hitam..aku hentam bapak aku punya cap ray-ban tuh , tak terlintas pun macho ke , cun key g penting bagi aku ade spek nak pakai…sekali tara kuca
tara kuca , siap petik2 jari mmg mendapat tepukan dan kutukan gemuruh dari mulut2 murid2 kat situ…hampeh tul..adik aku amin wktu tu darjah satu punya la gelak maut kat aku bila cerita kat emak kat rumah…kema wktu tu darjah 4 pon 2×5 , gelakkan aku je kejenye…isk isk..aku sabor je laaa….
Lepas tu aku dah insaf dah tak nari2 lagi dah bila masuk sekolah menengah..huhu..tp bakat tu masih terendam haha…apapon aku suker giler wktu sekolah dulu2..kira macam all out laa..takla student baik sangat ade gak jahat nyer aku nieh..time skolah menengah nanti aku sambung lain la kalau rajin…
Huh niela entry terpanjang aku..nak wat camana excited tul nak bercerita..hehe…