header image
 

a day at zoo negara

assalamualaikum…..

Pagi tadi selepas aku balik dari joging, yanie sms aku ajak gi zoo ngan sepupu2 and anak2 buah dia..horey! dah lama aku tak gi zoo..emm yang sebenarnya aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke zoo negara walaupun belajar dan duduk menyewa di area sini yang sememangnya dekat dengan zoo negara. Kali terakhir aku melawat kengkawan aku tu di zoo taiping hujung tahun lepas. Kira baru jugak kan tapi itu penziarahan aku waktu malam.

Zoo negara jalan hulu kelang, boleh naik bas rapidKL U20…kalau naik teksi mungkin dalam 4-5 ringgit  dari Wangsa Maju. Tapi hari nie, aku join yanie naik kancil yang comey itu.

Masuk je zoo haiwan pertama dijamu mata ialah zirafah dan gajah. Pastinya banyak lagi haiwan2 lain yang biasa kita lihat dalam zoo..antara yang disenarai atas ialah singa,harimau, burung merak, rusa dan manyak lagi, gi ler tengok  sendiri..=P

Lewat pukul 1, hujan menyimbahi bumi..sempat jugak kami berteduh di pondok informasi  orang utan, cimpanzi dan keluarga mereka. dalam hujan yang makin lebat itu,cimpanzi dan kawan2 terkinja sana sini dengan telatah dan gelagat yang mencuit hati…hehe kelakar tul..

Pukul 3 kami tak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukan anjing laut yang namanya Barts kot..mmg cerdik dan banyak akal…hampir menjengah pukul 4 kami pun pulang la dengan harapan agar ini bukan kunjungan terakhir kami ke taman haiwan ini…;)

~ by asykn on January 13, 2008.

Leave a Reply