Ada cerita tentang aku dan dia…
Hari nie bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2008.
Ada
yang masuk sekolah Montessori, tadika, taska, taski..dah terer sket naik lagi pangkat masuk sekolah rendah darjah satu..lepas tu tingkatan satu..dan tak kurang juga yang masuk tingakatan 6 atas..
Saat aku menunggu giliran untuk dilayan di Maybank, pandangan aku tertarik pada seorang budak sekolah lelaki yg pada andaian aku murid darjah satu. Berkasut sparx, kemeja putih berseluarr biru aktif ke
sana ke mari sementara menunggu giliran ibunya dilayan selepas aku.
Waktu aku sekolah darjah satu, aku berpinafore.Padahal aku bekas graduate tadika islam tg rambutan kat masjid tu hehe…hmm..aku kalu pakai pinafore mesti pakai seluar pendek ops!!..entahla kenapa.. tp yg leceh pinafore nie ada tali pinggang yg mmg tak leh laras dah fix sukatannya sebab aku suka bagi hilang… Aku ingat lagi, abah daftarkan aku di kelas Orkid. Aku ada Tanya takleh pilih bunga lain ke bah..tp abah kata ikut kekosongan… Dulu nama kelas bertemakan bunga, Okidla, Rosla, Melurla..pastu zaman adik aku, ditambah lagi warna-warni bunga lain Kekwa, Kenanga seiring bertambahnya kelas untuk menampung muid2 yang makin ramai di daerah termasyhur itu..=P
Aku tak ingat la aku nangis ke tak tapi first day tu ada sorang budak lelaki nieh duduk depan aku dia tetiba je amik pembaris panjang aku pastu ketuk2 meja dia perlahan2. Aku pun tak tahu apa motif aku keluarkan pembaris panjang kayu tu sebab seingat aku ,aku Cuma keluarkan pencil box yang besar dan cantik tu, saja nak tunjuk kat bebudak sebelah betapa banyaknye pensel warna-warni aku lengkap dengan pemadam and pembaris pendek, sharpener ..huh bergenang jugak air mata bila harta aku diambil org dengan tetiba..pastu budak tu kata hek eleh, nak nangis dah?? Dia pun bagi balik pembaris panjang tu kat aku pastu ntah kemana dia merayau aku pun tak amik tahu..hah.. nama dia faizul yazid..sempat jugak aku sekelas ngan mamat nieh sampai la darjah 6.. kamceng la jugak. Dia nie mmg segeng ngan sorang lagi budak nakal Fahmi..asyik kondem aku punya beskal, tayar lembik lah, handle cabuk lah, bakul senget lah..pastu rantai kering tak berminyak, longgar bla bla..buhsan aku… entah aper criter la diorang sekarang..
Guru kelas aku boleh tahan garang, sket2 nak ketuk meja dengan pembaris gedabak tu..lupa lak nama dia ish cikgu bukan sengaja nak lupa tapi mmg tak ingat…puan halijah kot nama dia..
Biasala bebudak sekolah rendah dulu , setiap ceruk sekolah adalah tempat bermain expecially ruang kaki
lima , pantang nampak tiang kosng mesti nak main aci pulut..dan tepi kelas aku, bebudak pompuan suka main lumba lari sambil angkat kain kalu yg pakai baju kurung tu haha…cuba buat skarang mesti org ingat apa la minah nie nak tayang betis ke =P…memang tahu lantai tu simen dan licin sebab tula kitorang lari kaki ayam so cengkaman tu lebih kuat yang membantu kepada kadar pecutan , bla bla bla..tp wktu tu g eng pompuan je main..aku ingat kawan baek aku nadia, dia memg akan jadi geng aku kalu main lumba lari, walaupon badan dia cam chubby tp kuat lari tuu..so selalu gak kami menang huahua…
Wktu sekolah rendah abah bagi 3 kupang je…kalu dapat 5 kupang tu kira banyak laaa…leh beli sepinggan
nasik lemak large pastu air sirap segelas…dapat seringgit dua pon kalu ada kelas tambahan wktu upsr tuu
Aku dan geng suka makan ramai2 di kantin.Aku ingat lagi sorang minah nie dia makan
nasik lemak, tak suka sambal pastu buang senyap2 bawah meja pastu wat muka buduh tak bersalah….malangnye satu hari tu aku dok depan dia. Alih2 aku tgk kain aku mcm comot bekas sambal..hampeh tul minah depan nie buang sambal main hentam je, sampai terkena kain aku…huh hangin gak wktu tu…aku mcm nak marah la
kan , tapi kawan aku sebelah minah nie tgk je aku lama2 pastu gelak terkekek2 sambil tutp mulut..huah lagi bengang la
kan ..belum sempat aku bersuara loceng skolah bunyi..isk isk…nayala balik nanti mesti kena sembur ngan mak..tp nasib baik wktu tu darjah 6 dah besar sket kira dah bijak laa ka so aku basuh sendiri..haha…minah tu nama dia ziha, jiran setaman dengan aku skerang jadi lecturer subjek kimia, dan kawan tepi dia tu nama dia fairoza staff maybank di bangsar..se uia dengan aku..hmm..dah besar pon korang!
Dan yg aku tak leh ingat wkt perhimpunan koko aku jadik pengerusi persatuan puteri islam (takde
gaya langsung huh). Adeke patut ustazah suh aku ajar ahli2 PI yang lain nyanyi lagu tema puteri islam depan perhimpunan tu sengsorang ..mcm tak seswai..kawan sekelas aku kat depan dah gelak ngejek..aku ingatl lagi member tu aiza, dia gelak baik punya kat aku…isk isk dengan suara ketar dan sumbang aku pon nyanyilah sebaris, pastu diorang ikut sebaris sampaila habis…hmm nasib baik tak hujan..dah le takde mic..leh agakla betapa merdunya suara aku wkt tu..aku pon tak sanggup nak dengar..argh!malu malu
Apa lagi ek haa..wkt darjah 5, cikgu kelas puan norzana. Wktu hari sukan sekolah, aku sibuk join pasukan pancaragam skolah main pianika..ala yg macam piano tu tp kita tiup nak kuarkan bunyi dia..kalu tak tau google la sendiri…ada la 2,3 subjek puan norzana aku skip sebab nak kejar latihan pancaragam..2,3 classmate yg lain pun senasib ngan aku..satu hari, puan norzana tu naik hangin sebab asyik muka kami je yang takder…pastu dia membebel “hah!pegila main musik puas2. org sibuk nak prepare untuk upsr diorang pulak sibuk ketuk
sana ketuk sini..buat apa masuk kelas, pegilah main sampai habis ..bla bla..” aku terkejut gak tapi buat kering je…nak wat camana , irama dan lagu tak leh dipisahkan hehe..
Dulu ada perpustakaan bergerak .setiap rabu lepas rehat mesti bertandang bas perpustakaan tu bawah pokok..dan ni jugak peluang aku nak skip kelas…ah ah ah..aku suke tul pinjam buku citer dongeng..hikayat
sana hikayat sini..pantang buku ada puteri-putera pasti aku pinjam…aku ingat lagi aku ngan jhon antara yg lama dalam bas tu walaupon dah sign kad pinjam buku tetap nak jugak belek2 buku lain..hehe…biasala..wktu tu darjah 3 okid dan kelas puan masitah selalu jadi mangsa..ah ah ah..takpe sekali seminggu jee…..
Cikgu Ghazali antara cikgu yg aku suke bukan sebab dia ajar bahasa melayu tapi sebab time kelas dia dia suka bukak cerita nntah apa2…cerita hantu la..tu la nie la..aku suka la sebab tak libatkan topik2 buhsan tatabahasa la tu la nie laa..sebab tu la bahasa aku skrg nie mmg tak leh pakai dlm peperiksaan karangan..hancuss!
Waktu jamuan perpisahan kelas darjah 3, aku ngan sariah wat persembahan tarian rap hahaha..aku tak leh ingat la camana kitorang terkinja-kinja dalam kelas lagu vanilla ice tu dengan ntah lupa laa..aku , sariah (jiran belakan umah jer) saiful azhar dengan zairul azri..ok la tu
kan sepasang sepasang hehehe tp wktu tu tak timbul isu couple eh, pakai topi percuma bapak aku bagi sport shoe seluar track ngan t-shirt turtle neck warna ungu (ni aku punya costum, tak pulak aku studi penampilan hip hop wktu tu yg aku tahu topi je trademark rap nieh..huhu) ..aku perasan gak ramai bebudak kelas lain tgk sebab mcm riuh je kat luar kelas, siap tgk kat tingkap lagik..haha..ye la dah pasang lagu dum dam skit punya kuat..mestilah nak tahu apa yg berlaku….so dapat la tepukan tp takla gemuruh..pastu adela pot pet2 belakang ngutuk je kejenya..hmm nantakla yg penting kami dah wat show..free lagik tuh. Huh..!!Darjah lima pulak ,5 org pelajar perempuan dari kelas 5 melur diketuai ima wat tarian ulik mayang termasuk la aku…kalu tak silap aku pakai kain batik pastu baju kurung putih yg uniform sekolah haha..mmg macam org kampong..tp not bad gak la..kami berlatih bersungguh2 tau dalam library lagik tuh port berlatih kami….hehe..
dan yg tak best nyer wktu darjah 6 sempena hari kanak2..bebudak kelas darjah 6 wat persembahan gabungan koir lagu 60 an…mula mula lagu pabila larut malam, pastu sealed with a kiss and satu lagi lagu patriotic lupa dah….kain sume pakai sama, warna merah polka dot putih,..baju kemeja putih. (tucked in) , pakai key and yg paling best pakai spek mata hitam..aku hentam bapak aku punya cap ray-ban tuh , tak terlintas pun macho ke , cun key g penting bagi aku ade spek nak pakai…sekali tara kuca
tara kuca , siap petik2 jari mmg mendapat tepukan dan kutukan gemuruh dari mulut2 murid2 kat situ…hampeh tul..adik aku amin wktu tu darjah satu punya la gelak maut kat aku bila cerita kat emak kat rumah…kema wktu tu darjah 4 pon 2×5 , gelakkan aku je kejenye…isk isk..aku sabor je laaa….
Lepas tu aku dah insaf dah tak nari2 lagi dah bila masuk sekolah menengah..huhu..tp bakat tu masih terendam haha…apapon aku suker giler wktu sekolah dulu2..kira macam all out laa..takla student baik sangat ade gak jahat nyer aku nieh..time skolah menengah nanti aku sambung lain la kalau rajin…
Huh niela entry terpanjang aku..nak wat camana excited tul nak bercerita..hehe…

Hello i like your website. my friend michael told me you were looking for a new way to earn some extra income online.
i own a site most our users are making about 20-50 bucks a day. with minimal work.. its pretty simple to do. its actually so easy to do you won’t believe ill actually pay you to do it. and its 100% free to sign up and try.
another good thing about my site unlike all the other sites. i will pay you out daily.. so you earn 5 dollars in the first 5 minutes you work in my site.. request a payout and i will pay you out right then.. i guarantee no other websites like mine will pay out daily multiple times.
if u want to sign up, you welcome:
http://tinyurl.com/5htokc
XYFloyd said this on November 20, 2008 at 12:50 pm
Hi there! I like your website
If you r looking for Paid Surveys this is the place 4 you.
Start advancing your paychecks at http://tinyurl.com/96nxz8
Fluidacualp said this on December 28, 2008 at 6:25 am