pain that cure….
assalamualaikum…
jam menghampiri 5.30 pagi..huhu wktu nie housemate aku sumer masih meleleh lagi tido haha..dan aku? aku terjaga kul 4 pg..wat apa yg patut…then nak tido balik cam takleh…so aku pon merepek jap dlm blog terchenta ini..
walaupun hari ini cuti Hari Wilayah, aku akan ke opis seperti biasa tp agak lewat sikit. Ada kerja perlu dibereskan.Rajin kan aku ? =P
Pagi tadi, (khamis) aku ke putrajaya ada hal sket..jumpa Yanie, dan mengulat kejap..lepak2 di tasik putrajaya sambil makan cucur udang..dan kebetulan ada training kayak di situ..huhu aku teringat kembali kenangan wktu join kelab kayak di taman budi dan ilmu..mmg all out habis, yelah wktu hujan pun aku turun…wktu jerebu pon aku turun main..tp tidak lagi sekrang….dah 2 tahun aku tak pegang pedal…mesti nanti kalu naik cam ular kena palu..
Masuk opis at lunch hour..aku tido jap..penat la , perjalanan dari putrajaya ke opis dengan menaiki public transport..dan bila bangun kepala pusing lagi ada pening…huhu dia dah buat dah…dan aku mmg tahu dlm situasi begini, i even can’t open my eyes..it’s pain inside…donno y…sebelah kiri..migrain?mungkin…dan aku hanya perlukan tidur…antara simptom yg aku alami ialah, aku akan menguap kerap (oksigen tak cukup), rasa loya (tp tak muntah pun), dan yg paling ketara ialah badan masuk angin yg menyebabkan aku kerap sendawa..tp sopan la..hehe..kalau ada 3 perkara ini, aku dlm keadaan pening yang hebat. Berdiri lama boleh pitam..but i need to be strong..gagah jugakla aku balik ke rumah dengan selamatnya dan ZzzzZzzzz….tht’s my cure…..tido!mungkin sebab tu kot aku terjaga awl sebab dah banyak tido tadi…=)
******
pain that cure..aku tetiba suke statement nie..dalam bahasa melayu lebih kurang maknanya;luka yang mengubati..tersurat ianya seperti tiada logika..tetapi bila disiratkan, memang terjadi luka yang mengubati itu…
semua org pernah terluka pernah rasa sakit sebab itu berlambakan ubat-ubatan , penawar dipasaran..biasanya itu luka yg bersifat nampak..boleh disentuh dan dilihat dengan jelas..tp bagaimana pula yang bersifat tampak?kelihatan luka itu tp tidak dapat disentuh atau dibalut oleh doktor.
bagi aku jawapan itu ialah bila hatinya terluka. dapat kita lihat dari riak wajah, tingkah laku refleksi dari hati yang terluka..punca dan penyebab terlalu banyak, sebab bila ianya berkaitan dengan hati dan perasaan…ianya subjektif.
luka hati yg disembuhkan melalui rasional dan kematangan fikiran dalam bertindak sememangnya penawar…kita tidak dapat tidak kembali kepada fitrah bahawa kita adalah hambaNYA yang sangat lemah..maka seketul daging itu pasti sembuh dan segar kembali dengan ingatan tulus padaNYA…dan itulah penawar yg aku mksudkan..hati yang terluka itu akhirnya membawa kita kepada yang lebih baik, lebih matang dan lebih berlapang dada untuk menempuh hari esok. =)
Kegagalan bagi aku merupakan guru yang paling baik bagi mereka yang mahu belajar tapi akan menjadi titik tolak episod kehidupan yang negatif pada mereka yang sentiasa mengulanginya…maksudnya tak mahu belajar. semua org melalui proses yg sama. pernah tersadung dan tersungkur, namun gagah juga berjalan biarpun bertatih mahupun bertongkat kerana yg utama ialah semangat dan usaha….
Peluang sentiasa ada di mana2 hanya mahu diri sebagai kayu penolak untuk merebut peluang itu. Sebab siapa lagi yang mahu menggerakkan diri melainkan kaki kita, dan siapa lagi yang mahu mengenyangkan diri melainkan tangan kita untuk menyuap makanan dalam mulut..it’s in your hand, just grab it!…
ok, banyak aku melalut..entah angin mana datang tetiba aku cam penulis ruangan motivasi pulok!peh (haiiya ferasan la ini amoi!)…mungkin aku sendiri yg memerlukan ruang untuk memotivasikan diri sendiri sebab aku manusia biasa punya kelemahan dan kekurangan seperti manusia lain….=) chow!
sykn’s: jalanlah bersama dengan aku, bukan di depanku untuk aku ikuti, bukan di belakangku untuk diekori tapi seiringan agar dapat kita bersama2 bantu membantu, saling memahami, menerima dan memberi dalam menjalani jalan hidup yg berliku ini~

Leave a Reply