assalamualaikum…
waa..ni entry aku yang ‘pertama’ dalam tahun baru ini, 2008..alhamdulillah =)
saat pertama 2008 bertandang, aku di rumah bersama famili. Isnin tu aku ambil cuti tahunan yang terakhir untuk 07. Sebenarnya aku ingat cuma nak lepaking saja di rumah sewa tapi memandangkan aku akan pening kebosanan (housemate semua kerja) so atas nasihat dan cadangan kengkawan aku yang memahami (hehehe), sabtu pagi tu sejurus membasuh baju dan yang sewaktu dengannya aku pun cabut langkah satu per satu menapak ke Puduraya beli tiket balik Ipoh. la lala lala….
Bila naik bas balik kampung, aku memang suka duduk di tepi tingkap sebelah kiri yakni bukan sebaris dengan pakcik bas.Sebab sepanjang view dari tapah ke simpang pulai mmg cantik. aper yang cantik…korang tgok la sendiri..tapi kalau balik wktu malam tak payah la buang masa, tido lagi bagus…nak nengok hapernye dah malam…=P
1 januari 2008, pagi tu aku sempat lagi main masak2 ngan mak..kitorang nie pantang masak berdua mesti ada je mende nak pot pet..hehe, dan tetiba aku tertanya, apa azam tahun baru mak??
..sambil lumur garam pada ikan siakap sebelum distimkan, mak pun menjawab soklan.."mak nak jadi lebih positif .." "err selama nie mak negatif ke?" tanya aku acuh tak acuh "taklaa..dah nama lebih positif means mak dah positif, tapi mahu jadi lebih baik la, ish kamu nieh"..
"hehe oo…so far akak tengok mak positif, maksud akak, mak ader inner-sense of motivation, self-motivated la dalam makna lain…."
mak sambung lagi…."dan kalau boleh mak nak pertingkatkan lagi kualiti dan carakerja expecially dalam membuat keputusan…, kalau rasa mak negatif, bagitaula mak…" ikan siakap tu ditaburnya pulak dengan hirisan halia, serai, kiub ikan bilis, cendawan butang, bawang besar+merah+putih dan taraa…stimkan la atas dapor…dan aku dah ready nak masak sayur lemak cekur manis. sambal tumis udang yang dah ready aku alihkan periuk ke tepi..hmm, feveret aku nieh..
sementelahan itu, kepala aku ligat berfikir..aku?azam aku?hmm….tanpa ditanya mak, aku volunteer bagitahu hehe "akak pulak, akak nak mencapai tahap kepuasan kerja yang lebih baik dari tahun lepas..i mean akak nak all out dalam apa jua bidang yg akak suka dan akak ceburi…." cewah all out la konon… haha..hmm,measuring stick nya camana?huhu tu aku sendiri yang tahu…mak balas "ok, do what u think it’s worth and benifited you, tapi jangan melampaui batas"…dan dalam erti kata lain, ada batasnya…
so, semua hidangan pun dah siap dihidang tunggu untuk dijamah saje..ikan siakap kukus, sambal tumis udang, sayur lemak cekur manis, kacang kelisa + sambal belacan, dan ikan masin goreng .. sedap tuu makan tatkala masih hangat di pinggan.. nyum nyum..
lebih positif, mungkin itu pun nasihat untuk aku jugak…=). thanks mak!
